Komuniti Pendidikan Kuantan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Tingkat bahasa Inggeris

Go down 
AuthorMessage
mr civic
Moderator Forum
Moderator Forum
mr civic


Posts : 414
Join date : 2008-03-05
Location : Field Village

Tingkat bahasa Inggeris Empty
PostSubject: Tingkat bahasa Inggeris   Tingkat bahasa Inggeris Empty23rd February 2010, 11:57 am

10 sekolah rendah di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dapat manfaat

BRITISH Council komited dalam usahanya membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan generasi muda dengan memantau perkembangan projek Belajar Bahasa Inggeris Keluarga yang diperkenalkannya tahun lalu di 10 sekolah rendah terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Lima sekolah di Brickfields, Kuala Lumpur iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Brickfields (1), SK La Salle Brickfields (1), SK (Perempuan) Methodist 1, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St Teresa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda. Selebihnya di Seremban, iaitu SK St Paul, SJKT Lorong Java, SK Ampangan, SJKC Kampung Baru Rahang dan Sekolah Rendah Islam Seremban.

Projek yang dibangunkan British Council dan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama HSBC dan Scholastic Malaysia itu dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ibu bapa dan guru-guru di sekolah terbabit sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan prestasi murid.

Pasukan pemantau terdiri daripada Pemangku Kerusi British Council (BC) dari United Kingdom, Gerard Lemos dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim melawat ke SJKT Ladang Java bagi meneliti perkembangan dan meninjau pelaksanaan projek ini yang membabitkan murid Tahun Satu.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Asia Timur British Council, Adrian Greer dan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Ali Ab Ghani.

Menurut Pengarah Negara British Council Malaysia, Mandy Johnson, projek itu dibangunkan oleh pakar pendidikan British Council bagi menyokong segala inisiatif yang diambil ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan murid memperoleh pengetahuan terbaik dalam bahasa Inggeris.

Menerusi projek itu, katanya, pelbagai aktiviti dan program dirancang untuk ibu bapa, guru dan murid seperti sesi bercerita interaktif yang menyokong aktiviti dalam bilik darjah, pembelajaran menerusi muzik dan bengkel.

“Pemilihan murid Tahun Satu dibuat berikutan golongan ini dianggap sedang melalui tahun kritikal di mana mereka perlu disediakan persekitaran yang baik dan diberi pengetahuan secukupnya supaya bahasa Inggeris tidak dianggap mata pelajaran yang sukar.

“Manakala golongan ibu bapa dilibatkan secara terus dalam proses pembelajaran anak-anak mereka memandangkan kajian menunjukkan peluang murid untuk berjaya lebih tinggi jika guru dan ibu bapa saling bekerjasama dalam setiap program yang dirancang,” katanya.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mrcivic
 
Tingkat bahasa Inggeris
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BUDI BAHASA BUDAYA KITA...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Sembang-sembang Perihal Sekolah-
Jump to: