Komuniti Pendidikan Kuantan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 2 kali tukar jantina

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mr civic
Moderator Forum
Moderator Forum
mr civic


Posts : 414
Join date : 2008-03-05
Location : Field Village

2 kali tukar jantina Empty
PostSubject: 2 kali tukar jantina   2 kali tukar jantina Empty3rd June 2008, 10:58 pm

“Saya boleh menjadi teman lelaki yang sempurna dan memahami wanita,” akuinya.

Kane berhak menyatakan begitu dengan yakin kerana mempunyai alasan sangat kukuh. Dia pernah menjadi wanita!

Pada asalnya, Kane dilahirkan sebagai lelaki bernama Sam Hashimi. Dia berkahwin dengan wanita pilihannya pada 1985 dan dikurniakan dua anak.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak berkekalan apabila isterinya lari mengikut lelaki lain 12 tahun kemudian.

Tertekan dan kesunyian, Kane meneroka dunia yang pernah dilaluinya ketika remaja — menjalin hubungan dengan teman sejenis. Perlahan-lahan dia mengunjungi kelab gay dan bergaul dengan mereka.

“Ketika belasan tahun, saya selalu mencium lelaki, tetapi mula berasa normal pula apabila tertarik kepada wanita ketika semakin dewasa.

“Saya sangkakan keadaan kekal begitu hinggalah selepas ditinggalkan isteri, saya kembali melakukan eksperimen,” katanya.

Selain mengunjungi kelab gay, Kane mengagumi pondan. Dia juga mula mengenakan pakaian wanita.

“Saya boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk bersolek kerana ia menjadikan saya yakin kepada diri sendiri.

“Keadaan begitu berterusan hinggalah saya sedar sebenarnya saya mahu menjadi wanita,” katanya.

Sebelum dibedah, Kane membiasakan diri dengan bergaul dan hidup bersama wanita lain. Dia juga menghadiri sesi kaunseling sebagai persediaan menjalani hidup sebagai ‘orang baru’.

Pada 1997, Kane memulakan proses tranformasi meletihkan bagi menukar dirinya.

Halkumnya dibuang, saluran pernafasan disempitkan bagi menghasilkan suara kewanitaan, struktur hidung diubah suai, dadanya dimasukkan implan bersaiz 12C dan zakarnya dibuang untuk ditebuk menjadi faraj.

Siri pembedahan itu hanya lengkap selepas dua tahun dengan belanja kira-kira RM400,000. Maka lahirlah ‘Samantha’ daripada tubuh Kane.

“Ia sama sekali tidak menakutkan saya, malah seronok dengan perhatian yang diberikan orang lain, termasuk wanita, terhadap tubuh saya,” katanya.

Sebagai ‘Samantha’, dia sempat menjalin hubungan serius dengan empat lelaki (pada masa berlainan), selain mengenali lebih ramai lelaki dan wanita melalui hubungan kasual.

Dia tidak mendedahkan rahsia silamnya kepada mana-mana lelaki yang menidurinya, tetapi ia diceritakan kepada pasangan wanita.

“Saya tidak fikir lelaki mampu dan suka menerima kenyataan bahawa saya sebenarnya lahir sebagai lelaki, sebaliknya wanita sering lega apabila mengetahui rahsia itu,” katanya.

Tiga tahun kemudian, dia berubah hati. Tiba-tiba ‘Samantha’ menyesal kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

Tertekan dengan keadaan itu, dia selalu saja menangis dan tidak mampu tidur ketika malam.

“Saya rasa terperangkap dalam badan sendiri,” katanya.

Kane mula menukar penampilan dengan memakai pakaian lelaki, manakala buah dadanya disembunyikan di balik baju.

Selepas menjalani kaunseling, dia mula yakin untuk berubah sekali lagi.

Dia merayu dibenarkan menjalani pembedahan menukar jantina kali kedua dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain bersetuju membantu mengurangkan tekanan perasaannya dengan membiayai pembedahan itu.

Bagaimanapun, dia masih perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM256,000 bagi kos perkhidmatan pascapembedahan dan rawatan lain.

Pada Oktober 2004, ‘Samantha’ akhirnya menjadi sejarah dan Kane lahir sebagai manusia baru. Implan buah dadanya dikeluarkan. Dua bulan kemudian, Kane menjalani pembedahan pertama daripada tiga prosedur ditetapkan.

Doktor mengambil kulit dari abdomennya untuk membentuk zakar tiruan.

“Ia menyebabkan abdomen saya berparut besar dan menyakitkan,” katanya.

Walaupun kembali memiliki kemaluan, zakar ciptaan itu tidak berfungsi seperti alat kelamin biasa.

Apabila perlu berasmara, Kane terpaksa menggunakan pam khas bagi menegangkan zakarnya.

Dia juga mengambil hormon testosteron hinggalah dada dan mukanya kembali ditumbuhi bulu seperti dimiliki tubuh lelaki biasa.

“Saya berharap benar-benar lega apabila lahir sebagai lelaki semula, tetapi realitinya bukan begitu.

“Saya bukan lelaki seperti sebelum ini, malah anak saya yang kini berusia 22 dan 23 tahun enggan bertemu atau mengambil tahu mengenai saya sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Kane juga menyimpan impian untuk berkahwin. Justeru, dia menjalin hubungan dengan beberapa wanita yang menarik perhatiannya.

Masalah Kane — semua wanita itu menarik diri dan meninggalkannya sebaik saja tahu dia pernah menjalani pembedahan menukar jantina.

Seorang wanita, misalnya, menjadi teman istimewa Kane selama dua bulan hinggalah rahsia besar itu diketahui melalui laman web yang memaparkan kisah hidupnya melalui satu dokumentari.

“Dia meninggalkan saya, dan ia bukan yang pertama kali. Walaupun mereka tidak memberi tahu mengapa saya diketepikan, saya tahu ia berpunca daripada perubahan jantina,” katanya.

Hingga kini, Kane masih mencari cinta sejatinya.


CHARLES Kane sepatutnya tiada masalah memikat wanita untuk dijadikan teman hidup. Pada usia 46 tahun, dia memiliki kerjaya kukuh sebagai pemaju hartanah bernilai jutaan pound, rumah mewah, sebuah kapal layar dan wajah tampan.

2 kali tukar jantina Mainpi13
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mrcivic
Goonerville
Cikgu Cemerlang
Cikgu Cemerlang
Goonerville


Posts : 68
Join date : 2008-03-17

2 kali tukar jantina Empty
PostSubject: Re: 2 kali tukar jantina   2 kali tukar jantina Empty8th January 2009, 11:46 pm

donia donia
Back to top Go down
 
2 kali tukar jantina
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» curang 3 kali jer..
» Bertukar ilmu tukar pendapat dan ilmu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Sembang-sembang Kedai Kopi-
Jump to: