Komuniti Pendidikan Kuantan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 5 guru dihina depan murid

Go down 
3 posters
AuthorMessage
sundayman
Kerani Gaji
Kerani Gaji
sundayman


Posts : 49
Join date : 2008-03-05

5 guru dihina depan murid Empty
PostSubject: 5 guru dihina depan murid   5 guru dihina depan murid Empty22nd April 2008, 3:24 pm

KAJANG: Sebagai pendidik, mereka sepatutnya dihormati namun iamenjadi sebaliknya apabila lima guru sebuah sekolah rendah di Semenyihditertawakan kira-kira 40 anak murid sendiri ketika perhimpunanmingguan di sekolah terbabit, semalam.

Guru wanita itudikatakan mengalami tekanan hebat apabila dimalukan dengan penghinaanserta kata kesat dan lucah dua lelaki di hadapan anak murid sendiri.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan bertindak biadabapabila dengan lantang mengeluarkan perkataan lucah dan menghina semuaguru terbabit hingga mereka ditertawakan anak murid sendiri.

Akibatnya, guru berkenaan hanya mampu menangis kerana tidak tertahandengan tindakan biadab lelaki terbabit yang memalukan mereka di hadapanpelajar.



Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hatiseorang daripada dua lelaki itu yang juga bapa kepada seorang muridyang belajar di situ kerana mendakwa dipukul seorang guru di sekolahterbabit, 28 Mac lalu.

Malah, sebelum ini beberapa ibu bapa murid sekolah itu pernahmengadakan demonstrasi meminta semua guru di sekolah itu ditukarkanselepas kejadian itu dengan menghalang anak masing-masing dari memasukikawasan sekolah.

Rentetan daripada kejadian itu, gurupenolong kanan yang didakwa memukul murid terbabit dikenakan tindakandan ditukarkan ke sekolah lain, akibatnya lima lagi guru wanitatermasuk guru besar yang masih tinggal menerima cacian setiap harisejak sebulan lalu.

Namun, ada ibu bapa dikatakan masih tidakberpuas hati dengan tindakan itu kerana hukuman yang diberikan terhadapguru terbabit dikatakan tidak setimpal dan mereka meminta supaya semuaguru yang mengajar di situ digantikan segera.

Menurut sumber,sikap pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor yang berdiamdiri walaupun tahu perkara yang dialami guru terbabit, dianggap sebagaitidak bertanggungjawab dan tidak membela nasib guru terutamanya wanita.

“Amat tidak kena membiarkan lima guru wanita berhadapan sendiriandengan ibu bapa yang sedang marah, saya harap tindakan segera akandiambil oleh pihak berwajib, bukan untuk kepentingan individu tetapimurid yang belajar di sekolah itu sendiri.

“Jika keadaanberterusan, proses pembelajaran akan terus terganggu, kerana guru yangmenerima cacian setiap hari tidak akan ada ‘mood’ mengajar. Tambahanpula terdapat sebilangan murid bakal menduduki Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) pada September ini, saya tidak dapat bayangkan apakahnasib mereka tanpa persediaan rapi untuk hadapi peperiksaan,” katanya.

Katanya, apabila diminta untuk membantu menyelesaikan masalah itu,pegawai di JPN hanya meminta guru besar sekolah terbabit menyelesaikanmasalah itu sendirian dan tidak mahu masuk campur dengan perbalahanyang berlarutan itu.

Difahamkan, semua guru terbabit sudahmenyatakan kesediaan untuk ditukarkan ke sekolah lain dengan segera,ekoran tidak tahan dengan apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari.






sunday says...:


apsal lah tak de yg jenis mengong mengamuk kat sekolah aku... biar aku yg amuk kan dia pulak....


yg JPN memang akan kekal siot tanpa defen cecikgu... tak dak untung katanya

cadangan aku utk cecikgu kat sekolah tu .... elok ko amik 3gp gambar pak pak monyet tu... meh post kat dalam ni.



Very Happy
Back to top Go down
AkuNie
Guru Besar
Guru Besar
AkuNie


Posts : 111
Join date : 2008-03-18
Age : 39

5 guru dihina depan murid Empty
PostSubject: Re: 5 guru dihina depan murid   5 guru dihina depan murid Empty25th April 2008, 10:23 pm

Semenyih ka?ntah2 kengkawan aku yang kena tu...iskh..kesian tgk nasib kengkawan sejawatan ...
Back to top Go down
walidshauqi
Kerani Gaji
Kerani Gaji
walidshauqi


Posts : 48
Join date : 2008-03-05
Age : 44

5 guru dihina depan murid Empty
PostSubject: Re: 5 guru dihina depan murid   5 guru dihina depan murid Empty29th April 2008, 1:23 pm

la hai siannyer......
memang tak patut cikgu diperlakukan sedemikian lupa
MANA KEBAJIKAN GURU2?
sapa yang nak backing CIKGU skang ni?
GB skola tu x wat aper2 ker
tak tngok wayang jer
Back to top Go down
Sponsored content





5 guru dihina depan murid Empty
PostSubject: Re: 5 guru dihina depan murid   5 guru dihina depan murid Empty

Back to top Go down
 
5 guru dihina depan murid
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» sambunglah belajar untuk masa depan kita semua..
» antara guru lelaki dan perempuan
» guru abiskan masa dikantin...
» [b]SELAMAT HARI GURU.... HAPPY TEACHER'S DAY .....[/b]
» murid warganegara ibu bapa bukan warganegara

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Sembang-sembang Perihal Sekolah-
Jump to: