Komuniti Pendidikan Kuantan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 mertua vs menantu!!

Go down 
AuthorMessage
mr civic
Moderator Forum
Moderator Forum
mr civic


Posts : 414
Join date : 2008-03-05
Location : Field Village

mertua vs menantu!! Empty
PostSubject: mertua vs menantu!!   mertua vs menantu!! Empty3rd April 2008, 1:53 pm

KAmal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras
20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis.
Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Bella... lepas
tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun
pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni..
Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu
hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji...
" katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi
makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... .
agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni
... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur
lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak
sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh
pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak
menantunya, tetapi dia yang terkena... .
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mrcivic
 
mertua vs menantu!!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Perkara Am :: Jenaka, Lawak Antarabangsa, Teki-teki dan Sejenis dengannya-
Jump to: