Komuniti Pendidikan Kuantan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Pendidikan Kuantan

Forum Cikgu-cikgu Sekitar Kuantan
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 wifi di mana saja

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mr civic
Moderator Forum
Moderator Forum
mr civic


Posts : 414
Join date : 2008-03-05
Location : Field Village

wifi di mana saja Empty
PostSubject: wifi di mana saja   wifi di mana saja Empty18th April 2008, 10:04 am

wifi di mana saja Mainpi12
DALAM era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serba canggih ketika ini, pelbagai inovasi dihasilkan untuk memastikan pengguna mampu mencapai Internet dengan mudah.

Tidak perlu bimbang sekiranya anda berada di rumah atau pejabat kerana kebanyakannya sudah ada kemudahan itu, sebaliknya bagaimana pula jika anda berada di luar?


Jalan paling mudah ialah mengunjungi kafe siber atau Starbuck serta restoran yang menyediakan perkhidmatan penyambungan tanpa wayar Wi-Fi.

Selain itu, terdapat juga pelbagai kaedah penyambungan sama ada menggunakan Paket Capaian Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA/3.5G), 3G dan Kadar Data Dimajukan untuk Evolusi Global (EDGE).

Tidak lama lagi, masyarakat di Kuala Lumpur bakal diuja dengan sistem penyambungan tanpa wayar yang menyeluruh dengan erti kata Internet di mana saja.

Anak syarikat Green Packet Berhad, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) akan melaksanakan 1,500 zon WiFi menjelang Mei ini di Kuala Lumpur sebagai permulaan merealisasikan impian Projek Kuala Lumpur Kota Metropolitan Tanpa Wayar (KLTW).

Bandaraya yang menempatkan bangunan pencakar langit berkembar KLCC mensasarkan projek kelas dunia itu siap menjelang 2009 bagi meningkatkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan.

1,500 zon WiFi itu akan dipasang di sekitar bandaraya ini merangkumi pusat komersial, pejabat, perumahan awam dan pusat komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta kawasan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai berkata, sebaik saja projek itu mula dilaksanakan, orang ramai boleh menggunakan komputer riba atau PC mereka untuk mencapai Internet di mana saja bagi menikmati kemudahan yang disediakan itu.

"Pada masa ini, kebanyakan kafe dan restoran menyediakan kemudahan internet percuma kepada pelanggan mereka, tetapi sebaik saja projek ini dilaksanakan, kawasan seperti pusat beli belah, sekolah, dewan komuniti dan taman boleh dijadikan tempat untuk mencapai internet,” kata Micheal.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Abdul Hakim Borhan, berkata ia sejajar dengan rancangan DBKL bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang memiliki kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

“Projek terbabit dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 2008 hingga 2010, dengan fasa pertama membabitkan kos RM60 juta dijangka bermula awal tahun hingga September ini,” katanya.

KLTW adalah satu daripada lima projek SKMM untuk pelan penyediaan perkhidmatan jalur lebar di Lembah Klang (KVBP90), dengan tujuan meningkatkan liputan perkhidmatan berkenaan di kawasan Lembah Klang dan menyokong Pelan Pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan.

Perkhidmatan terbabit akan menawarkan capaian Internet secara percuma dengan capaian berkelajuan 512Kbps bagi warga Kuala Lumpur atau pelancong.

“Sekurang-kurang 80 peratus daripada 1.5 juta warga kota bakal bakal dinikmati menggunakan peranti yang diperkasakan dengan kemudahan jalur lebar seperti WiFi,” kata Abdul Hakim

KLTW mensasarkan peningkatan penggunaan jalur lebar di kediaman sekitar Lembah Klang kepada 90 peratus menjelang 2010.

Ia dijangka dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bandar raya, mengurangkan kos pemasangan, mengautomasi dan menyelaras proses kerja yang sistematik, meningkatkan produktiviti sekali gus merangsang sokongan

langsung inisiatif kerajaan elektronik.

Kuala Lumpur akan memulakan langkahnya dalam menyediakan perkhidmatan mudah alih berasaskan teknologi gelombang mikro seluruh dunia (WiMAX) di Bandaraya berkenaan.

P1 adalah antara empat syarikat yang diberikan lesen bagi lajur spektrum 2.3GHz oleh kerajaan untuk menyediakan rangkaian WiMAX di negara ini.

Sebagai satu daripada empat syarikat yang diberi lesen WiMAX oleh SKMM, P1 dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang dibuka oleh teknologi itu, seterusnya menjadi peneraju utama sehingga ia menjadi satu kelaziman kepada pengguna untuk mendapatkan capaian jalur lebar tanpa wayar.

Syarikat itu mensasarkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah penduduk negara ini menikmati WiMAX menjelang akhir tahun.

WiMAX mendapat perhatian dunia komunikasi apabila standard yang diperkenalkan oleh Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik (IEEE) khusus untuk kegunaan kedua-dua aplikasi tanpa wayar tetap dan mudah alih itu mampu merubah corak komunikasi sesama manusia.

Ia adalah sumber untuk menyediakan capaian di mana saja yang merangkumi aspek kehidupan manusia selain platform kepada protokol Internet (IP).

Manfaat yang mampu diterima penduduk Kuala Lumpur termasuk penyediaan peluang pekerjaan yang lebih terbuka melalui rangkaian prasarana latihan terbaik selain membekalkan sistem komunikasi terunggul.

Selain itu, penduduk tidak akan mengalami masalah gangguan perkhidmatan komunikasi yang kerap dan mampu hidup secara berdikari melalui sistem 'online'.

Urusan harian seperti pembayaran bil dan sebagainya mampu dipermudahkan melalui projek ini tanpa penduduk perlu keluar rumah untuk menyelesaikan beberapa perkara kecil.

P1 percaya ia bakal merubah kaedah rakyat Malaysia menuntut ilmu, bermain dan hidup dengan membekalkan rangkaian WiMAX sebagai tulang belakang.

Ia akan menggunapakai WiFi sebagai sambungan kepada warga kota memandangkan kebanyakan perkakasan di negara ini dilengkapi kemudahan terbabit serta memiliki harga yang berpatutan.

WiMAX mampu mengatasi pergantungan kepada kabel seperti modem talian pelanggan digital (DSL), sistem rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian luas (WAN) terutama di Kuala Lumpur.

Jarak WiMAX lebih sesuai digunakan dalam merealisasikan KLTW memandangkan ia mampu membekalkan capaian jalur lebar tanpa wayar sehingga jarak 50 kilometer.

Peningkatan produktiviti penduduk bandar Metropolitan ini akan lebih tertumpu kerana pembelajaran dan pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.

Kebanyakan pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur juga dapat memanfaatkan KLTW apabila ia siap kelak dengan membolehkan interaksi dengan pelajar lebih baik seperti sistem video pendidikan jarak jauh

Apabila tiba masanya nanti, Kuala Lumpur bakal menjadi bandaraya komunikasi bertaraf dunia apabila KLTW mewujudkan teknologi sambungan internet tanpa wayar (WiFi dan WiMAX).

Ini bermakna, penduduk tidak lagi perlu bersusah payah mengunjungi pusat siber untuk melayari internet dan mendapatkan maklumat apabila beberapa kawasan tumpuan seperti restoran, pusat komuniti dan taman perumahan pun dah cukup lengkap untuk mencapainya.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/mrcivic
Goonerville
Cikgu Cemerlang
Cikgu Cemerlang
Goonerville


Posts : 68
Join date : 2008-03-17

wifi di mana saja Empty
PostSubject: Re: wifi di mana saja   wifi di mana saja Empty18th April 2008, 6:52 pm

aku sokong sesangat...
Back to top Go down
 
wifi di mana saja
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti Pendidikan Kuantan :: Zon ICT :: Software-
Jump to: